Thursday, November 12, 2009



"HARTA YANG PALING UNTUNG....SABAR
TEMAN YANG PALING AKRAB...AMAL
PENGAWAL YANG PALING BERWSPADA....DIAM
BAHASA PALING INDAH....SENYUM"

Wednesday, November 11, 2009

cite klako nie>>


MALAM NAN ROMANTIS


Malam itu sungguh bening sekali.Bulan purnama mengembang penuh menyinari sinar cahaya ke dalam kamarku.Suara pungguk yang bersahutan diatas dahan petai memecah kesunyian malam.Aku mengalihkan pandanganku ke arah pintu bilik yang ternganga luas.Angin yang menghembus sepoi-sepoi bahasa melalui lubang dinding mencuri mengusapi pipiku membuatkan romaku berdiri tegak kerana kedinginan..

Pada saat itu juga,fikiranku mengelamun jauh mengenangkan dikau bersamaku semalam.Suaramu yg merdu umpama buluh perindu membuatku tidak dapat melelapkan mata.Aku langsung tidak faham mengapa engkau sering mendampingiku walaupun aku tidak pernah mengundang kedatanganmu.Namun engkau tetap datang kepadaku dan membuatkan aku gelisah..

Aku tidak tahu mengapa aku menjadi pilihanmu sedangkan masih ramai lagi insan di sekelilingku.Semalam aku begitu mengantuk sekali kerana seharian menyiapkan tugasanku yang bertimbun.Ketika aku hampir melepkan mata,engkau datang kepadaku.Aku berpura-pura tidur dan hanya menunggu masa sahaja.Engkau semakin menghampiriku,namun aku membiarkan tingkahlakumu.Engkau datang kepadaku dan membisikkan lagu rindu.Aku faham maksudmu.Memang aku telah mentafsir terlebih dahulu yang engkau lakukan terhadapku.

Aku membiarkan engkau membelai rambutku,kemudian kau perlahan-lahan mencium pipiku.Ah.Gelinya..Aku tersentap seketika.Aku sudah tidak tahan lagi dengan sikapmu yang tidak segan silu itu.Aku cuba mengusapi tubuhku namun kau menjauhkan diri.

Tiba-tiba aku terjaga dari lamunanku apabila aku terdengar suaramu yang mendayu-dayu,seolah-olah meminta simpati daripadaku.Aku tdak sabar lagi untuk melihat wajahmu yang anggun itu.Masa sudah ditunggu sudah tiba,aku hanya tersenyum menyambut kedatanganmu dan tanpa berlengah-lengah lagi kau datang kepadaku.

Seperti baisa kau akan nyanyikan lagu-lagu rindu untukku sehingga membuatku naik geram..grrr...Ku bairkan lagi dan menahan sabar.Kau cium pipiku,aduh!!!..Sabarku sudah sampai klimaksnya,ku angkat tangan,sepintas kilat aku hayun laju menampar diriku.Kasihan sungguh aku melihat dirimu yang terkulai layu di tilam empukku.AH,puas hatiku kerana engkau akhirnya terkorban jua ditanganku wahai sang NYAMUK DURJANA...HAHAHA

teke-teki tok oak sume..

banyak2 buah,buah apa isi didalam biji di luor??

banyk2 burung,brung ape bele atuk???

banyk2 kueh,kueh ape hanye dimakn di tepi sje??

badan ade 1,mate ade 3,kaki ade stu,bende ape 2??

undertakel naik moto,the rock naik ape??

balik umah jolok mok,bende ape 2???

sile-sile la jwb yerk>>>>>

x de cite ag..

TIP KECANTIKAN AUDREY HEPBURN

ingin bibir yang menarik???
rahsianya...
tuturkan kata yang baik2..

inginkan mata yg mnawan??
carilah yg baik2 mengenai orang lain..

inginkan bentuk badan yg langsing??
kongsilah maknan dgn mereke yg klaparan..

inginkan rmbut yg cntik??
biarkan anak2 memblainya sakali sehari..

ingin kelihatan ayu??
berjalan dengn ilmu pengetahuan..

natijahnya,kita tidak akan berjalan keseorangan...


cube2 la tip ni..hehe
'www.bigoo.ws''www.bigoo.ws''www.bigoo.ws''www.bigoo.ws''www.bigoo.ws''www.bigoo.ws''www.bigoo.ws''www.bigoo.ws''www.bigoo.ws''www.bigoo.ws''www.bigoo.ws''www.bigoo.ws''www.bigoo.ws'